Hari ini murid-murid telah pergi ke Woodlands Waterfront Park bagi pembelajaran di luar darjah.
Kami telah sampai di sana pada jam 9.30pagi. Murid-murid kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Selama dua jam di sana, murid-murid telah dapat mempelajari kegunaan sesebuah taman, apa yang terdapat di sesebuah taman, perkara-perkara yang boleh dilakukan di sesebuah taman dan sebagainya.
Selain daripada proses pembelajaran, murid-murid juga telah dapat mengeratkan ikatan bersama rakan-rakan dan guru dalam suasana yang lebih santai.
Untuk koleksi gambar yang lebih banyak, sila ke galeri kami.