Murid-murid bukan sahaja mempelajari dan memperolehi kemahiran IT malah belajar untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam proses pembikinan buku-e mereka.
Murid-murid telah pun selesaikan menyiapkan buku elektronik mereka sendiri. Dengan menggunakan Powerpoint MS, murid-murid telah dibimbing dan diajar tentang kemahiran IT seperti memasukkan gambar ke dalam slaid, menaipkan teks, menyimpan fail ke dalam folder & mendapatkan kembali fail daripada folder dan juga cara untuk membuat peralihan slaid mereka lebih menarik.
Murid-murid bukan sahaja mempelajari dan memperolehi kemahiran IT malah belajar untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam proses pembikinan buku-e mereka.
0 Comments
Bagi Unit 5 Mekar 2A, kami telah mengintegrasikan pembelajaran sukan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan ada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid-murid semasa latihan jasmani mereka.
Dengan pembelajaran berintegrasi ini, murid-murid telah diperkenalkan kepada terma-terma sukan dalam Bahasa Melayu seperti contoh bulatan getah, pundi pasir dan garisan penamat. Murid-murid Darjah 1 telah dibawa ke Kampong Glam bagi Pembelajaran Luar Darjah. Di sana murid-murid telah melawat Taman Warisan Melayu di mana mereka mempelajari tentang kehidupan orang Melayu pada masa lampau seperti permainan tradisional, pembikinan filem dan televisyen, perjalanan menjalankan ibadah haji dan sebagainya.
Murid-murid juga mempelajari sedikit sebanyak tentang bangunan-bangunan bersejarah di kawasan Kampong Glam seperti Masjid Sultan dan Madrasah Alsagoff. Yang paling menyeronokkan ialah murid-murid dapat membeli permainan-permainan tradisional seperti batu seremban, gasing dan chapteh. Hari ini murid-murid telah pergi ke Woodlands Waterfront Park bagi pembelajaran di luar darjah.
Kami telah sampai di sana pada jam 9.30pagi. Murid-murid kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Selama dua jam di sana, murid-murid telah dapat mempelajari kegunaan sesebuah taman, apa yang terdapat di sesebuah taman, perkara-perkara yang boleh dilakukan di sesebuah taman dan sebagainya. Selain daripada proses pembelajaran, murid-murid juga telah dapat mengeratkan ikatan bersama rakan-rakan dan guru dalam suasana yang lebih santai. Untuk koleksi gambar yang lebih banyak, sila ke galeri kami. Hari ini, berkaitan dengan Unit 8 di dalam buku Mekar 1B, murid-murid telah mengalami pengalaman pembelajaran. Unit 8 menyentuh tentang keselamatan dan salah satu daripadanya ialah keselamatan di jalanraya. Lantas, murid-murid telah dibawa mengalami sendiri pengalaman melintas jalanraya. Melalui pengalaman pembelajaran seperti ini, murid-murid dapat merasakan perlunya menjaga keselamatan semasa melintas jalanraya & cara-cara yang betul untuk melintas jalanraya. Murid-murid telah mula dibawa ke makmal komputer bermula Penggal 1 Minggu 5.
|
Sila ikuti aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di sini. Arkib
May 2014
Kategori |